Company Profile

Ringkasan Syarikat

Unic Biz Empire (M) Sdn Bhd merupakan syarikat yang dimiliki oleh Ustaz Fakhrul dan Ustaz Bazli dari Kumpulan Nasyid UNIC.

Mereka berdua terutama Ustaz Fakhrul sentiasa bersiaran di rancangan TV RTM, TV3 dan juga ASTRO sebagai pengacara ataupun menyertai program realiti TV. Manakala Ustaz Bazli pula lebih cenderung dalam bidang bisnes dan juga dibelakang tabir serta sebagai content creator terutama di laman Youtube.

Syarikat UNIC Biz Empire ini merupakan anak syarikat kepada Syarikat Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd yang diterajui oleh Ustaz Munif Ahmad yang merupakan penyanyi utama kumpulan Hijjaz.

Syarikat Munif Hijjaz Marketing telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu dan popular dengan produk-produk mereka yang berasaskan Arabic Gum seperti produk Better Cafe dan Munif Cocoa yang menjadi produk minuman paling laris jualan di Astro Go Shop sejak 2018 hingga sekarang.

UNIC Biz Empire ditubuhkan pada 1.10.2020 dengan mengeluarkan produk pertama iaitu UNIC Choc Tubb, yang telah menjadi Viral dan dieksport beberapa kontena ke Negara Brunei Darussalam.

Setelah setahun, pada 1.10.2021 UNIC kini melancarkan 3 produk tambahan dengan konsep barangan makanan dan minuman sekeluarga.

 

Konsep Perniagaan

Sistem Ejen | Perdagangan | E-Dagang | Eksport

  • Ejen

    Membekalkan produk kepada ejen dan stokis

  • Trading

    Membekalkan terus ke kedai-kedai dan pasaraya

  • E-Dagang

    Jualan melalui dalam talian dan juga siaran langsung TV

  • Eksport

    Jualan ke luar negara

Misi

Menjadi sebuah syarikat makanan & minuman berkhasiat yang mampu bersaing di pasaran tempatan serta antarabangsa.

Visi

Mengeluarkan serta membekalkan makanan dan minuman yang berkhasiat selanjutnya menepati kualiti produk.

Profile Pengarah

UNIC Biz Empire | UNIC Biz Empire (M) Sdn Bhd
Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin yang lebih mesra dipanggil Fakhrul dilahirkan pada 6 April 1986 di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Beliau merupakan ahli UNIC yang baru pada tahun 2008.
Selain menyanyi, beliau turut aktif berdakwah dan pernah menjadi pakar motivasi. Beliau juga aktif mengacara di rancangan dalam televisyen selain mengajar Al-Quran sebagai sampingan.
01

Fakhrul Radhi

Bazli Hazwan bin Che Osman dilahirkan pada 8 September 1984. Beliau yang lebih dikenali sebagai Bazli merupakan satu-satunya anggota asal UNIC yang masih bertahan sehingga kini. Dilahirkan di Perlis dan dibesarkan di Kota Tinggi, Johor.
Beliau turut berbakat dalam mengubah lirik lagu dalam album UNIC itu sendiri di setiap bait ayat. Beliau juga aktif menceburkan diri dalam bidang perniagaan sejak tahun 2018 bersama isterinya.

PENGARAH URUSAN

Encik Azfar Ikhwan merupakan pengarah urusan bagi UNIC Biz Empire. Beliau juga turut memegang jawatan sebagai Pengarah bagi syarikat Bin Maleeq Trading (anak syarikat Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd).
03

Azfar Ikhwan

Sasaran Syarikat

Objektif | Unjuran Masa

Objektif

Unjuran Masa

Syarikat UNIC Biz Empire mula ditubuhkan pada 1 October 2020. Produk keluaran pertama merupakan UNIC Choc Tubb.
Jenama dan produk telah dipercayai oleh pengguna tempatan. Memampankan jenama dan produk UNIC ke negara ASEAN.
Pendapatan syarikat mencapai RM15 juta setahun.